5 Haiwan Mempunyai Kulit Seputih Salji Yang Jarang Ditemui

Haiwan berkulit putih sudah jarang ditemui dan dijumpai di mana-mana tempat. Haiwan tersebut berbeza warna dari induknya, berikut antara dari faktor kelahirannya. Warnanya putih pucat seakan albino. Mereka merupakan haiwan leusistik dimana mereka mempunyai sedikit pigmentasi di bahagian tertentu, antaranya bahagian mulut dan beberapa di bahagian ekor serta mata berwarna biru.

Umumnya, punca keadaan di sekitar tubuh mereka adalah disebabkan Isabellenism atau leucism. Issabellenism adalah keadaan di mana haiwan mempunyai wana kulit coklat pudar atau warna menjurus ke arah kekuning pucat. Keadaan ini disebabkan kekurangan pigmen dan ianya berbeza dengan albino.

Terjadinya albino kerana disebabkan mutasi genetic yang terhasil dari pigmen melanin.
Manakala, leucism adalah keadaan tubuh haiwan yang kekurangan semua jenis pigmen kulit dan pigmen melanin. Berikut antara haiwan yang berkulit putih di seluruh badan dan berbulu:

1) Ular Langka Putih

Lucy

Ular ini kebiasannya berwarna coklat, namun kerana memiliki leucism warna kulit ini menjadi warna putih. Latin Stegonotus Culcullatus ialah nama yang dimiliki ular tersebut, ianya tidak berbisa dan tidah terlalu bahaya terhadap manusia.

2) White moose

Lucy

Dari 40.000 rusa yang terdapat di Swedia, 100 ekor darinya adalah berwarna putih. Ada yang dari asalnya rusa tersebut mengalami albino, namun faktor oleh gen resesif menyebabkan sesetengah rusa berbulu putih dan sedikit coklat.

3) Zirafah Putih di Kenya

Lucy

Zirafah ini kelihatan tiada bintik ciri khas bagi haiwan yang berleher jinjang ini. Zirafah ini dijumpai oleh seorang ranger di Hirola Conversation Program pada Ogos lalu. Leucism yang sangat kuat membuatkan tubuh zirafah berwarna putih pucat sehingga bintik di tubuhnya tidak lagi kellihatan.

4) African White Lion

Lucy

Singa putih ini bukanlah singa albino walhal kulitnya agak putih dan mirip albino. Sebaliknya, singa tersebut memelilki keunikan genetik dengan warna krim di seluruh tubuhnya. Terdapat antara 550 singa putih di dunia dan sebahagian darinya berada di tempat yang dilindungi. Kelahiran singa putih ini adalah yang petama di Jerman.

5) Polar Bear

Lucy

Beruang ini dikenali dengan nama ‘White Bear Spirit’, ianya ditemui di Kanada. Pada mulanya, beruang ini adalah beruang Amerika hitam atau disebut berung Karmode. Menurut sumber National Geographic, sebanyak 200 ekor beruang putih ini dijumpai di British Columbia.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.