Atas Dasar Cinta, Lima Manusia Berkahwin Dengan Haiwan

Di bawah adalah senarai kisah perkahwinan dengan haiwan yang dilakukan secara rasmi oleh orang ramai di serata dunia. Bagi mereka, perkahwinan adalah satu kesucian dan ianya wajib dibuktikan dan siapalah kita untuk menidakkan keputusan mereka.

1) Joseph Guiso dan Honey

Penganut Kristian yang sangat berpegang kuat dengan agamanya ini merasa bersalah kerana bersekedudukan dengan seekor anjing betina yang dijaganya sejak kecil, Honey. Setelah lima tahun menjalinkan hubungan yang tidak sah, dia membuat keputusan untuk melangsungkan perkahwinannya dalam satu majlis sederhana diadakan di sebuah taman di Queensland.

Majlis Joseph Guiso bersama Honey berlangsung dengan meriah seperti upacara perkahwinan dengan seorang wanita dan disaksikan 30 rakan serta keluarga yang menghadiri majlis itu. ‘Kau adalah sahabatku dan membuat hidupku lebih baik’, Joseph mengangkat sumpah pada isterinya. Suit warna kelabu menjadi pilihan Joseph manakala Honey pula disarung kain putih di badannya.

Lucy

2) Bimbala Das dan seekor ular

Seekor ular menjadi tanda cinta dan asbab Bimbala Das ini menamatkan zaman bujangnya. Wanita India dari orrisa ini melangsungkan majlisnya dalam upacara tradisional Hindu yang di meriahkan oleh 2000 tetamu.
Akibat kekangan duit untuk mengubati penyakitnya, dia memutuskan untuk memberi susu kepada ular dan lama-kelamaan penyakitnya pulih dan sihat seperti sediakala. Tanpa dia sedari, dia telah jatuh cinta kepada ular itu.

Meskipun ular tidak boleh berbicara seperti manusia, ianya tidak mematahkan semangat wanita India ini untuk hidup bahagia. Perkahwinannya amat disetujui ramai dan penduduk tempatan percaya bahawa dengan wujudnya pernikahan ini, kampungya akan bertambah makmur dan maju kerana ular tedung adalah simbol dimuliakan dalam agama India.

Lucy

3) Sharon Tendler dan Cindy si ikan lumba-lumba

Sejak pertama kali mengunjungi Dolphin Reef di Israel, Sharon Tendler telah jatuh cinta dengan seekor ikan lumba-lumba jantan yang sangat unik. Sejak dari itu, Sharon acap kali melawat Cindy dan memutuskan untuk berkahwin dengannya walaupun dia tahu bahawa Cindy merupakan ikan duyung jantan. Mereka disatukan di Eilat, sebuah bandar Israel. Perkahwinan mereka tidak berpanjangan dan pada Jun 2016, Cindy pergi meninggalkan Sharon akibat usianya mencecah 40 tahun. Walaupun agak terkilan, Sharon terpaksa melepaskan Cindy dan bangkainya telah dicampakkan ke dalam laut.

Lucy

4) Uwe Mitzscherlich dan Cecilia

Cecilia merupakan seekor kucing betina yang sudah sakit selama 15 tahun, Uwe Mitzscherlich merangkap tuannya berhajat untuk membawanya pergi berjumpa doktor haiwan. Doktor mengesahkan bahawa umur Cecilia tidak berpanjangan atas akibat penyakit asma dan berat badan berlebihan. Oleh sebab itu, Mitzscherlich bersedia untuk mnejadikan Cecilia sebagai pasangan hidupnya. Dengan mengupah seseorang, majlisnya berjaya dijalankan dan berkahwinlah Mitzscherlich dengan si manjanya. Cecilia memakai pakaian serba putih ketika majlis tersebut diraikan di German.

Lucy

5) Ngurat Alit dan seekor lembu

Seperti cerita di atas, remaja berusia 18 tahun yang bernama Ngurat Alit berkahwin dengan seekor lembu apabila tidak dapat menahan nafsu lelakinya. Dia telah mengadakan hubungan seks bersama lembu betina milik jirannya dan dia membuat pengakuan ketika kejadian itu berlaku, dia membayangkan lembu tersebut adalah seorang perempuan yang sangat menarik sehingga mendorong dia melakukan perbuatan tersebut.

Ngurah Alit terpaksa menerima hakikat apabila masyarakat setempatnya menggangap hubungannya dengan lembu betina yang mengancam itu adalah perbuatan terkutuk ‘di luar nikah’, lantas Ngurah Alit bersetuju dan mereka dikahwinkan. Selepas perkahwinan, lembu tersebut dihukum mati dengan cara dilemaskan ke dalam laut kerana lembu itu sudah ‘tidak suci’, manakala Ngurah Alit di bebaskan dengan cara mengikuti ritual penghapusan dosa dengan cara pelemasan simbolik/olok2 (mock drowning).

Lucy

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.