Awasi Lima Binatang Ini Ketika Mandi Pantai!!!

Anda pernah merancang untuk bermandi manda atau berkelah di tepi pantai bersama keluarga? Pernahkah anda terfikir bahawa di sebalik keindahan dan kecantikan kawasan tersebut, terdapat beberapa haiwan laut yang amat berbahaya dan mengancam nyawa sekalian semua. Disini kami senaraikan lima haiwan yang harus anda berjaga-jaga ketika mandi laut.

1) Ikan Buntal (Puffer Fish)

Ikan buntal atau dikenali sebagai puffer. Ikan ini mempunyai racun Tetrodotoxin yang boleh menghalang pernafasan dan meninggalkan impak yang sangat bahaya sehingga mengakibatkan kematian. Ramai para pelaut ditemui mati gara-gara ikan buntal ini. Ikan ini dapat menggembangkan tubuhnya mnejadi bulat ketika merasa terancam atau bersentuhan dengan makhluk lain. Maka, jangan sesekali cuba mendekati ikan buntal ini!

Lucy

2) Ular Laut (Sea Snake)

Lucy

Ular laut ini sangat berbisa jika dibandingkan dengan ular biasa yang di darat, malahan ular senduk pun tidak dapat mengalahkan ular laut ini. Kehebatan cairan bisanya dapat mencapai sehingga 700 kali berbanding ular senduk. Dengan setitik bisanya sahaja dapat meragut nyawa anda dengan sekelip mata. Beware guys!

3) Obor-obor (Jellyfish)

Jellyfish atau nama popularnya adalah obor-obor, mana-mana pantai yang anda pergi pasti akan terjumpa haiwan ini dengan senangnya. Rupanya yang bulat dan bentuknya seperti payung berumbai membuatkan orang senang cam atau terserempak dengan haiwan ini ketika mandi manda di laut. Kesan jika bersentuhan dengan haiwan ini, kulit anda automatik akan merasa gatal dan meninggalkan tanda kemerahan di kawasan tersebut. Awas dengan haiwan ini kerana sengatannya mempunyai puluhan atau ratusan sel menyengat yang dikenali sebagai ‘nematocysts’.

Lucy

4) Landak Laut / Bulu Babi (Sea Urchin)

Lucy

Landak laut yang berbentuk bulat dan memiliki banyak duri ini boleh menyebabkan durinya memasuki di dalam daging kaki anda. Tambahan pula haiwan ini sukar untuk dilihat kerana berwarna hitam. Lebih 200 spesis landak laut di atas muka bumi ini dan mereka boleh berada di bahagian dasar laut, juga kadangkala boleh ditemui di permukaan air laut.

5) Ikan sembilang (Catfish)

Ikan Sembilang banyak ditemui di laut, kadangkala mereka hidup di sekitar muara sungai. Terdapat dua jenis ikan sembilang iaitu sembilang batu dan sembilang lubang. Kebiasaanya sembilang batu hidupnya di celah batu dan sembilang lubang hidup di kawasan lubang-lubang buatannya sendiri. Apabila anda terkena sengat ikan sembilang ini, wajah anda akan berubah pucat dan seluruh badan terasa panas serta kejang. Rasa sakit itu akan bertambah jika tidak segera mendapat rawatan. Racunnya akan melekat kepada tubuh badan selama 24jam dan selepas itu sengatnya akan hilang dengan sendiri.

Lucy

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.