Bahaya Panadol Kepada Kucing

Rata rata penduduk di Malaysia mesti atau wajib mempunyai papan panadol di rumah. Kita semua pernah merasai sakit bukan? Lantas hanya satu perkara bermain di minda anda ketika waktu itu iaitu untuk mencari “painkiller”,”Panadol”, ataupun “Paracetamol” kerana ingin cepat sembuh dan mengurangkan kesakitan yang dialami. Walaubagaimanapun, sekiranya anda merasakan ubat–ubatan tersebut sangat efektif dalam membantu mengurangkan kesakitan yang anda alami tetapi ianya adalah sangat bahaya kepada haiwan peliharaan anda terutamanya kucing.

kucing

Hal ini kerana, apabila manusia mengambil Panadol contohnya , enzyme di dalam tubuh manusia berfungsi untuk menghancurkan ubat tersebut setelah ia bertindak mengurangkan kesakitan yang dialami oleh manusia, manakala bagi kucing pula ia tidak dapat dihancurkan dengan sempurna. Oleh itu ubat-ubatan tersebut sangat bahaya terhadap kucing kerana sebatian toksik merbahaya terhasil dengan pantas di dalam tubuh mereka. Hal ini akan menyebabkan kerosakan pada saluran darah mereka dan menghasilkan sindrom yang bernama “ methaemaglobinaemia” di mana lidah dan gusi kucing akan berwarna coklat pada awalnya.

Apabila sindrom ini berlaku, secara tidak langsung hati kucing akan rosak dan membawa kepada kematian. Antara gejala awal terjadinya keracunan termasuk muntah, keluarnya air liur yang berlebihan dan perubahan warna pada lidah dan gusi. Dalam waktu dua hari dapat warna kulit/tubuh akan berubah kekuningan. Hal ini berlaku kerana kurangnya oksigen dalam tubuh akibat kerosakan saluran darah. Kemudian kucing akan mengalami sesak nafas dan lidah bertukar warna ungu kebiruan.

panadol

Hal ini dalam disebabkan Acetaminophen iaitu bahan yang terkandung dalam Panadol. Bukan sahaja Panadol, malah mana-mana ubat yang mengandungi bahan acetaminophen adalah sangat bahaya kepada kucing. Hal ini adalah kerana, setiap haiwan mempunyai tahap keracunan yang berbeza. Kemungkinan dos ubat-ubat tersebut terlalu tinggi untuk haiwan bertubuh kecil seperti kucing , malah boleh membawa kepada kematian.

Adalah lebih baik anda memastikan kucing anda tidak mendapat mana-mana jenis ubat ubatan manusia ketika sakit. Apa yang anda boleh lakukan sekiranya kucing anda sudah termakan panadol ialah dengan membawa kucing anda berjumpa klinik doktor haiwan yang berdekatan kerana sejenis penawar bernama “acetylcysteine” mungkin dapat digunakan bagi menyelamatkan nyawa haiwan peliharaan anda.Oleh itu , elakkan dari mengambil mana-mana ubat kegunaan manusia untuk kucing anda , seelok-eloknya rujuk dahulu kepada doktor haiwan yang berdekatan.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.