Cipanzi Pertama Dijadikan Bahan Eksperimen

Lucy Temerlin ataupun Lucy merupakan nama yang cukup popular suatu ketika dahulu di stesen radio lab. Lucy merupakan seekor cipanzi yang telah dijadikan haiwan peliharaan oleh seorang pakar psikologi Dr.Maurice K.Temerlin dan isterinya Jane. Kisah sedih Lucy sering dijadikan cerita di majalah dan dibukukan kerana disebalik menjadi haiwan peliharaan Lucy juga telah menjadi sebahagian dari hidup mereka.

Lucy

Ketika Lucy berumur dua tahun, Lucy telah dipelihara kerana Dr Temerlin berasa ingin tahu adakah sekiranya seekor haiwan diberikan persekitaran yang sama seperti manusia ,mampukah Lucy menjadi seperti manusia? Ataupun sejauh manakah Lucy berupaya mencapai tahap berpewatakan seperti manusia.Persoalan tersebut menjadi tanda tanya kepada pasangan tersebut sehingga mereka sanggup untuk membela Lucy dan menjaga nya seperti anak mereka sendiri.

Lucy

Selama 11 tahun Lucy dipelihara, tinggal bersama ibubapa angkatnya di sebuah rumah di Norman,Okla. Lucy dilayan seperti manusia, Lucy mempunyai haiwan peliharaan iaitu seekor kucing ,buku,muzik,alat permainan ,peralatan dan Lucy juga diberikan pendidikan. Percaya atau tidak, pasangan ini telah mengajar Lucy bahasa badan ,bahasa untuk orang pekak dan Lucy juga belajar memasak. Kira-kira 140 bahasa signal yang Lucy telah pelajari ketika tinggal bersama pasangan tersebut.

Lucy

Ketika berumur 12 tahun, Lucy telah dipindahkan ke sebuah pusat rehablitasi di Gambia.Hal ini kerana, saiz Lucy yang bertambah besar dan berat. Selama bertahun-tahun Lucy ditinggalkan di pusat tersebut, dan laporan menyatakan ia tidak mampu untuk bergaul dengan cipanzi lain kerana sudah lama tinggal dengan manusia. Bukan itu sahaja, malah Lucy tidak menunjukkan apa–apa tanda tarikan sesama haiwan dan hal itu telah membuatkan Lucy berada dalam keadaan depresi.

Walaupun pasangan tersebut pernah tinggal di Gambia selama seminggu untuk melihat perkembangan Lucy, namun Lucy tetap menunjukkan tindakbalas yang sama dan sering menunjukkan bahasa badan “hurt” bermaksud ia terluka, dan tidak mahu tinggal di situ. Selepas beberapa tahun, seorang pelajar Temerlin bernama Janis telah pulang ke pusat tersebut untuk melawat Lucy. Lucy dan cipanzi lain seolah-olah mengalu-alukan kedatangan nya.

Lucy

Lucy memeluk erat Janis buat seketika dan pergi bersama rakan-rakannya tanpa menoleh kebelakang. Walaupun Janis berasa sedih ,tetapi Janis menganggap Lucy telah berjaya menyesuaikan diri dengan cipanzi lain.

Selepas setahun, Janis kembali untuk melawat Lucy, namun apa yang dijumpainya ialah mayat Lucy tanpa tangan dan badannya seolah –olah di cerai-ceraikan, kepalanya dijumpai tidak dengan badannya dan tidak ada tanda-tanda bulu dan rambut. Hal ini membuatkan Janis merasakan Lucy telah dibunuh dan tidak pernah menyesuaikan diri di situ setelah lama tinggal dengan manusia.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.