Cuaca Panas Terlampau Mendorong Ular Mencari Tempat ‘Selesa’

KUALA LUMPUR: Cuaca panas yang melampau menyebabkan situasi kurang selesa kepada kebanyakan haiwan, terutamanya ular.

Lucy

Pengurus taman ular dan reptilia Perlis, Samsulwadi Md Salleh berkata, ini menyebabkan ular-ular yang berdarah sejuk akan mencari kawasan lebih lembap untuk berlindung.

Menurutnya, kebakaran semak dan hutan akibat cuaca panas juga menjadi punca ular keluar untuk mencari habitat yang lebih sesuai.

“Ular memerlukan dua jenis suhu. Satu untuk ia berjemur, satu untuk ia lembab. Reptilia ini perlukan kelembapan. Ia perlukan cuaca panas untuk proses penghadaman makanan dengan cepat.

“Dengan keadaan sekarang ini, cuaca memang panas. Jadi apabila terlalu panas, ia akan berasa tidak selesa. Sebab keutamaan ia adalah suhu yang lembab.

“Reptilia ini suka suhu yang lembab. Jadi, dari habitat dia yang panas, dia akan turun dari kawasan bukit mencari kelembapan. Kelembapan ini hampir dengan kawasan kediaman manusia, contohnya di dalam rumah atau di kawasan rumah.”
Lucy

“Macam kita selalu gunakan paip air, atau dalam saluran longkang kita, ini adalah tempat yang ular suka ketika ini,” katanya kepada Astro AWANI.

Tambahnya, kediaman manusia juga berisiko menjadi tempat pilihan ular untuk berlindung kerana suhunya yang lebih sejuk.

Beliau turut berkata oleh kerana kekerapan bersemuka dengan ular di kediaman agak tinggi pasa masa sekarang, langkah berjaga-jaga harus diambil oleh semua pihak.

Kredit by: Astro Awani Online keluaran April 22, 2016.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.