Fakta Tentang Kewujudan dan Keunikan Unicorn, Mitos atau Lagenda?

Unicorn tidak asing lagi pada pandangan kita semua sekarang, bahkan unicorn sangat terkenal samaada menerusi television atau filem-filem animasi dan sebagainya. Secara modern, Unicorn merupakan seekor kuda putih yang bertanduk satu. Namun secara tradisional, unicorn adalah makhluk mitos yang terkenal dengan ciri-cirinya menyamai kuda dengan tanduk yang tumbuh di dahinnya, memiliki janggut seakan kambing, berkuku kaki yang terbelah dan berekor singa serta berwarna putih.

Lucy

Benarkah unicorn itu wujud? Buat pertama kalinya makhluk ini dikenal di akhir kebudayaan kuno India di masa dulu. Dalam linkungan tahun 2.500 tahun yang dijumpai di Mohenjo Daro dan Harappa. Menerusi gambar di bawah, kita sendiri dapat melihat ukiran yang berbentuk unicorn di zaman dulu yang masih elok dan belum dipecahkan lagi.

Lucy

Menurut ahli pakar Eropah, Unicorn ini hanya boleh dimiliki oleh seorang perawan. Sebab itulah, ramai perawan dijadikan umpan untuk menangkap binatang yang unik ini di dalam hutan. Selain itu, unicorn juga dijadikan simbolik pernikahan yang setia serta simbol cinta yang murni. Sesetengah golongan percaya bahawa tanduk Unicorn boleh dijadikan penawar racun.

Bahkan menurut legenda, tanduk unicorn pernah digunakan sebagai bahan pembuat gelas seremonial yang diguanakn oleh keluarga kerajaan walhal tanduk sebenarnya adalah tanduk dari Narwhal, iaitu paus Unicorn.

Lucy

Mungkin manusia pada zaman dahulu pernah melihat haiwan ini dengan mata kepala sendiri, namun kerana ianya tidak diterangkan secara jelas, ianya menjadi tanya tentang kewujudannya.

Lucy

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.