Gadis Berusia Lapan Tahun Dipelihara Monyet

India adalah sebuah negara yang memang penuh kejadian aneh dan pelik. Seperti baru-baru ini, penduduk tempatan India gempar dengan penemuan seorang budak yang berusia lapan tahun bersikap seperti monyet. Ianya dipercayai kanak-kanak perempuan tersebut telah dibesarkan oleh seekor monyet sehingga ia tidak boleh berjalan atau bercakap seperti manusia biasa. Aneh bukan?

Lucy

Untuk pengetahuan pembaca Haiwanku.com, gadis tersebut diasuh dan dijaga diberi nama Mogwlli memandangkan kehidupan dia sama dengan watak di dalam novel The Jungle Book karya Rudyard Kipiling.
Dia tidak boleh makan makanan dalam pinggan, sebaliknya dia akan makan makanan yang diletakkan atas katil. Caranya berjalan dan merangkak persis monyet dan dia juga tidak boleh berkomunikasi seperti manusia normal.

Lucy

Menurut sumber, kanak-kanak tersebuut ditemui rizab alam semula jadi di Bahraich, utara India. Identiti kanak-kanak tersebut belum diketahui dengan jelas namun doktor di hospital berusaha mengajar memahami bahasa manusia, namun masih belum berjaya. Meskipun sudah diajar berjalan dengan kaki, kanak-kanak itu berkeras juga berjalan dengan tangan dan kaki.

Lucy

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.