Hindari Lapan Makanan Bertoksik Dari Si Comel Anda

Binatang peliharaan anda pasti sangat gemar memasukkan sesuatu ke dalam mulut tanpa diketahui samaada ianya boleh dimakan atau tidak. Ramai hanya pandai membela tanpa mengetahui bahawa sesetengah makanan dan barangan di rumah anda amat berbahaya kepada haiwan.

Lucy

Anda pasti risau seandainya haiwan kesayangan anda tiba-tiba jatuh sakit kerana tersalah makan, maka anda seharusnya memastikan keadaan rumah sentiasa kemas dan bersih kerana sifat binatang suka mengunyah. Berikut adalah senarai lapan jenis makanan bertoksik dan berbahaya yang boleh menyebabkan si comel anda jatuh sakit.

1) GARAM DAN MAKANAN MASIN: Elakkan memberi binatang peliharaan anda makanan yang mengandungi kandungan garam yang tinggi seperti snek, kentang goreng, dan makanan yang masin. Hal ini boleh mengakibatkan binatang peliharaan anda muntah, cirit-birit, suhu badan meningkat, kemurungan, sawan atau kematian. Kandungan garam boleh menyebabkan dahaga yang berlebihan dan kekerapan membuang air kecil atau keracunan ion natrium dalam tubuh haiwan kesayangan anda.

Lucy

2) BAWANG MERAH: Bawang merah sememangnya makanan yang wajib ada di rumah seseorang. Namun, tahukah anda bahawa bawang merah sangat berbahaya kepada binatang kesayangan anda? Ini kerana, bawang merah menyebabkan gangguan pada gastrointestinal iaitu masalah di bahagian perut dan usus. Risikonya boleh menjurus kearah kerosakan sel darah merah.

Lucy

3) COKLAT, KOPI, KAFEIN: Jangan sesekali dedahkan tiga jenis produk ini kepada haiwan peliharaan anda. Kerana ianya akan menyebabkan cirit-birit, degupan jantung yang tidak sekata, hiperaktif serta pelbagai siptom lagi. Ini adalah kerana ketiga jenis makanan ini mengandungi mrthylxanthines.

Lucy

4) KELAPA: Buah kelapa boleh menyebabkan binatang peliharaan anda sakit perut, membuang najis lembut atau cirit birit. Air kelapa sangat tinggi pottasiumnya dan tidak boleh diberikan kepada haiwan.

Lucy

5) KISMIS DAN ANGGUR: Dua jenis buahan ini sangat bahaya jika diberi kepada haiwan peliharaan anda. Ianya kerana boleh mengakibatkan kegagalan fungsi buah pinggang yang kronik kepada haiwan belaan. Elakkan memberi buah ini kepada binatang peliharaan anda, terutamanya anjing.

Lucy

6) MANISAN: Manisan tidak bagus untuk binatang peliharaan anda, ianya akan memberi kesan terhadap insulin apabila dimakan oleh binatang terutamanya anjing. Apa saja manisan atau makanan yang mengandungi xylito boleh menyebabkan peningkatan insulin dalam badan binatang dan menurunkan paras gula dalam badan. Xylitol boleh mengakibatkan hati gagal berfungsi.

Lucy

7) IKAN MENTAH DAN TELUR: Telur mentah boleh menyebabkan masalah kulit dan bulu kepada binatang peliharaan anda, ianya mengandungi enzim yang dipanggil avidin di mana boleh mengurangkan zat vitamin B serta pengurangan thiamine dalam badan binatang belaan anda. Siptom Kekurangan thiamine boleh menyebabkan kerosakan otak dan koma. Selain itu, ianya juga mengandungi bakteria yang menyebabkan keracunan makanan.

Lucy

8) ALKOHOL: Kesan alkohol sama saja kepada manusia atau haiwan. Kesannya boleh menyebabkan kerosakan hati dan otak. Makanan yang mnengandungi alkohol menyebabkan penurunan koordinasi, kesukaran bernafas, keasidan darah yang tidak normal, koma serta kematian.

Lucy

Tentu anda sayang dan inginkan yang terbaik untuk haiwan peliharaan anda, jadi sudah menjadi tanggungjawab anda agar menyediakan makanan yang berzat serta seimbang supaya binatang kesayangan anda sihat dan terus menceriakan hari-hari anda!

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.