Katak Iblis Digeruni, Beratnya Mencecah Seekor Kucing

Katak gergasi yang berasal dari Madagascar Beelzebufo unik ini mempunyai ciri ganas dan selera yang luar biasa. ‘Katak iblis’ berselera agak besar sehingga boleh menelan anak dinosaur. Besar manakah katak ini sehingga diperkatakan sedemikian?

Siapa saja yang tidak geli dengan binatang lembik ini, semestinya semua orang akan terlompat dan menjerit terkejut bila berhadapan dengan makhluk yang berkulit licin dan lembik seperti jeli ini. Ukuran badannya mampu mencecah hampir 30 sentimeter panjang dengan berat badan menyamai seekor kucing iaitu 3.3 kilogram.

Lucy

Tambahan pula katak gergasi ini dikenali Beelzebufo itu bukan satu dongeng saja, malahan ianya pernah menghuni Madagascar. Penemuan ‘Katak Iblis’ ini yang terbesar adalah berukuran hampir 40.6 sentimeter panjang dan seberat 4.54 kilogram atau boleh dijumpai dengan dua kali ganda lebih besar dari amfibia jenis itu yang sedia ada.

Lucy

Ciri-ciri badannya yang besar dan unik itu menyamai spesis katak puru – bertubuh lebar, berkaki kecil, kepala besar, mulut luas yang menyeringai bersama gigi kecilnya serta berkulit agak kasar. Ianya lebih mesra digelar ‘Katak Iblis’ berikutan namanya Beelzebufo yang dipetik dari perkataaan Latin yang membawa maksud Syaitan dan Bufo yang merujuk katak.

Bukti kewujudannya berjaya didedahkan berikut penemuan tulang atau fosilnya yang berusia 70 juta tahun oleh sekelompok penyelidik universiti London, Britain dan Universiti Stony Brook, Amerika Syarikat baru-baru ini. Penemuan tersebut kemudiannya dipaparkan di dalam jurnal Proceedings of the National Academy of Sciences.

Lucy

Ternyata, dengan penemuan Katak Gergasi ini mampu merungkai misteri pada dunia Zaman Batu ketika dahulukala. Berwaspada dengan katak yang melompat di sekeliling rumah anda, kerana ianya pernah mempunyai nenek moyang yang mampu menggetarkan anda kerana sifatnya yang luar biasa. Jangan-jangan katak yang selalu berada di dalam kasut anda pun boleh mengancam anda pada bila masa sahaja!

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.