KEJAM!!! Penderaan Terhadap Haiwan Tanpa Belas Kasihan

Hampir 100 ekor haiwan berjaya diselamatkan dari sebuah banglo di Subang yang dipercayai menjadi tempat kes penderaan haiwan ‘paling besar dan paling teruk’ di negara ini setakat ini. Kesemua haiwan itu dikurung di dalam sangkar yang sempit, kawasan sekitar yang busuk dan tidak terurus malahan dipenuhi dengan bahagian terpakai kereta.

Lucy

Semalam, sepasukan polis bersama ahli-ahli Penyelamat Haiwan Bebas Malaysia (PHBM) menyerbu ke kawasan itu untuk membanteras kegiatan yang dilakukan iaitu pembiakan haiwan secara haram. Kira-kira 80 ekor anjing yang ditemui di banglo itu, ada yang dikurung di dalam sangkar dan ada yang dikurung bersama tiga ekor kucing, dua ekor angsa dan beberapa ekor burung, ayam serta ungka.

Lucy

Antara baka anjing yang diselamatkan ialah jenis Shih Tzu, Poodle, Pomeranian, Bull Dog, Pit Bull dan Bull Terrier. “Ini adalah kes yang paling besar dan paling teruk yang pernah saya uruskan kerana ia melibatkan begitu banyak haiwan. “Saya telah melihat kira-kira 20 anjing atau lebih dibiakkan secara haram. Tetapi saya tidak pernah mendengar ia dilakukan dengan skala sebesar ini, ” kata Presiden PHBM Puspa Rani.

Menurut beliau, haiwan yang dikurung ada yang luka dan tidak boleh berjalan, ada yang buta dan banyak yang kekurangan zat, tidak mempunyai sumber makanan dan air bersih serta memerlukan rawatan secepat mungkin. “Saya akan membuat laporan lain dengan Jabatan Perhilitan dan Jabatan Veterinar supaya mereka dapat menjalankan penyiasatan ke atas perkara ini,” katanya.

Lucy

Lucy

Puspa percaya bahawa pemilik banglo, seorang mekanik berusia 52 tahun dan isterinya juga terbabit terhadap spesies haiwan yang dilindungi yang mungkin memerlukan dokumentasi daripada pihak berkuasa hidupan liar. Pemilik dan isterinya telah memberikan kerjasama setakat ini dengan menyerahkan haiwan kepada kumpulan itu.

Lucy

Pendera haiwan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000, penjara selama tempoh tidak lebih daripada satu tahun atau kedua-duanya di bawah Akta Haiwan. Hukuman untuk menjaga spesies yang dilindungi tanpa lesen yang sah adalah denda sehingga RM50,000, hukuman penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar.

Sumber: MyNewsHub

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.