Kenapa Kucing Takut Dengan Timun?

Boleh dikatakan kebanyakan video-video kucing takut dengan timun semakin menarik perhatian orang ramai di laman sosial seperti Facebook dan Twitter. Majoriti daripada video tersebut merupakan aksi nakal pemilik haiwan tersebut cuba menakut-nakutkan kucing mereka dengan timun. Kebanyakan video merupakan pemilik kucing secara curi-curi merakam aksi kucing mereka ketika makan dan secara senyap meletakkan timun disebelah kucing mereka. Apabila si kucing menyedari kehadiran timun tersebut , kucing akan terkejut sambil terlompat lompat dan berlari tidak tentu arah dan panik. Mengapa perkara ini berlaku dan apa sebabnya?

Perangai kucing sentiasa berubah. Pernah ada satu ayat mengatakan sekiranya saiz kucing sebesar singa , berangkali kucing akan melapah tuannya.Biar pun yang kuat ataupun yang paling lemah kucing sentiasa berjaga jaga setiap masa. Kucing memang mempunyai sifat memburu. Ketakutan kucing terhadap kilat , benda yang bergerak serta barang mainan yang berbunyi membuatkan kucing bergerak pantas dan peka terhadap keadaan sekeliling. Kucing juga turut takut apabila persekitarannya berubah seperti berpindah tempat tinggal dan sebagainya.

kucing

Persoalannya mengapa kucing takut pada timun. Sebenarnya bukan timun yang menakutkan kucing tetapi kehadiran timun tersebut telah mengubah persekitaran kucing tanpa ia sedari. Apabila kucing menyedari persekitaran mereka telah berubah, mereka mula panik dan menyedari mereka tidak peka dengan keadaan sekeliling. Dalam minda kucing, timun tersebut mungkin barangkali ialah ular yang menyusur dibelakang mereka dan tindakbalas mereka terhadap timun tersebut adalah tidak lain lagi daripada melarikan diri sepantas yang mungkin. Jadi patutkah anda menakut-nakutkan kucing anda dengan timun?

kucing

Bagi anda menakutkan kucing dengan timun mungkin perkara yang kelakar dan seronok. Tetapi ia sebenarnya boleh melukakan haiwan peliharaan anda kerana secara tidak langsung kucing anda akan mengalami depresi serta bergerak ke arah perubahan perangai , kelakuan agresif dan juga PTSD iaitu POST TRAUMATIC DISODER. Mungkin juga kucing anda akan terluka dan memecah kan sesuatu yang berhampiran ketika ingin menyelamatkan diri. Jadi seelok-eloknya hindarilah haiwan peliharaan anda dari kejutan yang terlampau yang mungkin akan membawa mereka ke arah masalah stress.

Bagi anda mungkin kejutan yang diberikan hanyalah sekadar suka-suka dan hiburan tetapi pada kucing anda ianya mugkin sesuatu yang paling ditakuti dan boleh memberi kesan terhadap tumbesaran mereka kerana mereka sering berasa berdebar debar diancam sesuatu yang bahaya seperti ular, labah – labah dan haiwan lain. Oleh itu hindarilah diri anda dari mengancam nyawa haiwan peliharaan anda serta sayangilah mereka seperti teman-teman anda.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.