Kenapa Tuan Hachiko Tidak Pulang

Pernahkah anda mendengar atau membaca tentang Hachiko? Tidak dinafikan Hachiko memang terkenal dan sangat popular dalam kalangan masyarakat Jepun. Pernahkah anda terfikir mengapa Hachiko sangat popular? Apa yang disumbang oleh Hachiko dan apa peranan Hachiko dalam kehidupan masyarakat Jepun? Disebalik menjadi contoh dalam kehidupan Hachiko juga mempunyai kisah sedih tersendiri.Hachiko dikenali sebagai wira kebangsaan masyarakat Jepun sehinggakan kisah Hachiko telah difilemkan oleh penerbit Asia mahupun penerbit Hollywood. Pernah kah anda tertanya mengapa?

anjing

Pada suatu ketika, seorang Professor bernama Eizaburo Ueno dalam bidang Sains Pertanian di Universiti Tokyo, sudah lama mengimpikan untuk memelihara anjing Jepun jenis Akita. Beliau sudah lama mencari anjing jenis Akita sehingga salah seorang daripada pelajarnya menggalakkan beliau mengambil Hachiko sebagai haiwan peliharaan beliau. Hachiko adalah anjing Akita yang berasal dari Bandar Odate di wilayah Akita.

anjing

Hachiko atau nama pendeknya Hachi dan professor tersebut telah menjadi teman baik. Eizaburo juga sayangkan Hachiko lebih dari sebagai peneman malah turut menggangap Hachiko sebagai anak lelakinya. Boleh dikatakan mereka memang tidak dapat dipisahkan. Semakin Hachiko meningkat dewasa, Hachiko sering menghantar Tuannya pergi ke kerja pada setiap pagi di Stesen Keretapi Shibuya, Jepun dan menunggu beliau pulang pada waktu petang dan pulang bersama-sama. Pada tanggal 21 Mei 1925, iaitu genap dua tahun kelahiran Hachiko , Hachiko masih lagi menunggu kepulangan Tuannya seperti biasa namun Tuannya tidak lagi pulang buat selama-lamanya.

Ini adalah kerana Eizaburo telah mengalami pendarahan sereblum dan meninggal di tempat kerja beliau. Hachiko dipelihara tukang kebun keluarga Ueno dan paling menyedihkan ,dalam jangka hayatnya iaitu 12 tahun , Hachiko sentiasa menunggu kepulangan Tuannya di Stesen Shibuya pada setiap hari pada waktu pagi dan petang malah waktu yang tepat keretapi berlepas dari Stesen Shibuya dan tiba di Shibuya dan akhirnya jasad Hachiko ditemui mati tepat pada tempat ia selalu menunggu Tuannya pulang setiap hari.

anjing

Majoriti akhbar Jepun memilih untuk menerbitkan cerita tentang Hachiko di ruangan akhbar mereka pada tahun 1932 yang mana secara tidak langsung menjadikan Hachiko sebagai selebriti dan popular. Orang ramai mula memberi gelaran kepada Hachiko “ Chuken-Hachiko”, yang bermaksud anjing yang setia. Kisah seekor anjing yang tidak pernah mengalah ini telah mendapat perhatian ramai termasuk media dan memberi inspirasi kepada seluruh masyarakat dunia serta meningkatkan jumlah pelancong melawat Stesen Shibuya dan memberikan ia penghormatan terakhir dan sehingga kini tugu Hachiko dibina di Stesen Shibuya dan juga menjadi tempat kunjungan orang ramai untuk menunggu rakan-rakan mereka.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.