Kesan Memotong Misai Kucing

Misai kucing merupakan mekanisma paling penting dalam mengesan sesuatu.Tahukah anda sekiranya misai kucing di potong, rosak atau diikat, ia akan menyebabkan kucing tidak selesa , keliru ,tidak keruan dan pelbagai kesan negatif. Misai kucing ialah sejenis rambut/bulu yang tebal. Misai kucing terhasil di dalam folikel yang di kelilingi tisu otot yang kaya dengan sel saraf dan sel pengesan. Sel pengesan tersebut berhubung dengan satu kawasan isitimewa di dalam otak kucing.

kucing

Misai kucing mempunyai pelbagai kepentingan. Antara kepentingan yang utama ialah menjadi alat pengesan persekitaran. Ianya sangat menarik apabila mengetahui bahawa kucing tidak perlu menyentuh objek dengan misai mereka untuk mengesan sesuatu. Sel saraf tersebut sebenarnya sangat sensitif sehinggakan boleh mengesan pergerakan udara yang menggetarkan misai kucing.Boleh dikatakan misai kucing sangat sensitif kerana ia dapat mengesan pergerakan udara di dalam rumah sekitar perabot tidak kira waktu siang ataupun malam.

kucing

Hal ini sangat penting kepada kucing kerana, mereka mempunyai masalah penglihatan pada objek yang dekat dan sebenarnya kucing adalah haiwan yang berpandangan jauh. Sifat sifat ini sebenarnya membantu kucing untuk memburu pada waktu siang ataupun malam. Oleh itu kucing pasti berasa tidak selesa jika misainya rosak . Kajian menunjukkan kucing yang mempunya misai yang rosak mempunyai masalah dalam meramal bentuk sesuatu lantas menyebabkan mereka tersepit di celah longkang dan sebagainya seolah-olah penglihatan mereka semakin kabur.

kucing

Selain itu, masalah lain yang timbul ialah kucing hilang daya keseimbangan , tidak mampu berjalan lurus dan mempunyai masalah berlari. Mereka akan hilang kecekapan dan selalu jatuh akibat kurang keseimbangan. Disamping itu, terdapat kajian dilakukan terhadap kucing dimana misanya dipotong, mereka mengalami masalah agak susah untuk meramal jarak lompatan ketika melompat dan berlari tidak tentu arah akibat dari hilang daya penglihatan dan sering terlanggar objek dihadapan mereka.

Tetapi amat bertuah bagi kucing sendiri sekiranya misai mereka rosak ataupun dipotong , misai tersebut akan tumbuh semula sama seperti rambut atau bulu haiwan yang lain selagi folikel misai tersebut tidak rosak sepenuhnya dan bergantung kepada tahap kesihatan tubuh kucing untuk tumbuh cepat atau lambat.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.