Kucing Mewah Pilihan Pak Arab!

Tahukah anda bahawa harga singa, harimau bintang , cheetah , jaguar dan anak harimau boleh mencecah dari 15,000 Dirham (RM17728.02) hingga 50,000 Dirham (RM 59093.39)? Amalan memelihara hidupan liar ini telah menular dalam kalangan masyarakat Arab emiriah bersatu sejak akhir-akhir ini.

Pelbagai masalah diutarakan bagi isu ini antaranya ialah bagaimana haiwan liar diambil sebagai haiwan peliharaan, adakah mereka memberi ancaman kepada masyarakat di sana, bagaimana cara pengambilan haiwan liar tersebut, pendapat pakar hidupan liar tentang masalah yang kian meruncing serta isu permit dan undang-undang mengambil hidupan liar sebagai haiwan peliharaan.

haiwan liar

Laporan menyatakan bahawa hidupan liar ini tidak lain tidak bukan telah dibeli demi untuk menunjuk-nunjuk dan secara suka-suka. Rata- rata penjaga hidupan ini tidak mempunyai sebarang ilmu mahupun pengalaman menjaga hidupan liar yang mereka pelihara. Sebaliknya seorang veterina dan juga aktivis ,Dr Marissa Akram memberitahu bahawa kebanyakan haiwan liar ditumpulkan/dipotong gigi taringnya supaya kurang memberi ancaman kepada manusia dan terdapat juga kes hidupan liar ini sebenarnya kekurangan zat makanan.

Kebanyakan penjaga hidupan liar ini tidak menyedari bahawa kesan isu ini akan menyebabkan mereka dan masyarakat lain akan terdedah kepada pelbagai penyakit. Menurut pakar lain , walaupun terdapat cara lain untuk mengambil hidupan liar sebagai haiwan peliharaan , masih lagi ada orang orang tertentu yang menggunakan jalan pintas untuk mendapatkan hidupan ini. Dr Reza Khan, seorang pakar hidupan liar dan pengurusan zoo di Jabatan Taman Awam dan Hortikultur Perbandaran Dubai berkata, “Kebanyakan orang mengambil haiwan merbahaya sebagai haiwan peliharaan untuk menarik perhatian kawan –kawan dan menunjuk-nunjuk keberanian mereka mengambil haiwan tersebut tanpa menggunakan permit”.

harimau

Antara haiwan yang sering menjadi pilihan adalah anak harimau , spesies penyu terancam, tuntung, iguana, ular sawa, ular tidak berbisa, buaya, burung kakatua,babun dan kadangkala cipanzi. Media melaporkan bahawa terdapat undang-undang baru melarang isu tawaran dan pemilikan terhadap setiap jenis hidupan liar ,ternakan dan hidupan merbahaya.Hal ini kerana, masyarakat di sana telah mengambil hidupan liar sebagai haiwan peliharaan mengikut faktor tertentu dan sebab tersendiri seperti lambang kekayaan keluarga, lambang keberanian, serta lain –lain.

harimau

Apa yang diharapkan kepada masyarakat di sana ialah, Undang-undang Persekutuan No 22 tahun 2016 akan memberi kesan yang baik, yang diutarakan oleh Presiden Sheikh Khalifa, di mana undang –undang tersebut berfungsi untuk melindungi manusia dan haiwan ,mengelak penyebaran penyakit dan memastikan haiwan mendapat perlindungan yang rapi mendapat sambutan yang baik dalam kalangan masyarakat di sana.

Adalah diingatkan bagi pesalah yang melakukan kesalahan akan berdepan penalti bernilai dari 10,000 Dirham ke 700,000 Dirham. Mana-mana individu yang menggunakan hidupan merbahaya boleh dikenakan tiga tahun hingga tujuh tahun penjara sekiranya tindakan pesalah membawa kepada kecacatan yang kekal terhadap mangsa manakala pesalah akan berhadapan dengan penjara seumur hidup sekiranya kesalahan membawa kematian kepada haiwan tersebut.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.