Makan Ular Sawa Beramai-Ramai Kerana Membalas Dendam

Berang dengan nasib yang menimpa rakan sekampung, seluruh penduduk setempat di Desa Belimbing di Indragiri Hulu, wilayah Riau, Pekanbaru, Indonesia membuat keputusan untuk membalas dendam bagi pihaknya.

Lucy

Menurut laporan dari portal tempatan, seorang lelaki dilaporkan cedera parah di tangan selepas digigit seekor ular sawa sepanjang tujuh meter ketika cuba menangkapnya. Robert Nababan, 37, merupakan individu yang dicari oleh penduduk setempat jika ada ular yang perlu ditangkap. Namun, nasibnya kali ini malang apabila haiwan itu bertindak agresif ketika cuba ditangkap.

Jurucakap polis, Sutarja berkata, kejadian tersebut berlaku apabila Robert ternampak beberapa penduduk cuba menangkap ular sawa itu di sebuah ladang kelapa sawit. “Robert pada mulanya berjaya menangkap kepala ular itu dan cuba memasukkan haiwan berkenaan ke dalam guni.

Lucy

“Bagaimanapun, ular itu tiba-tiba menggigit tangan Robert menyebabkan dia cedera parah.” Akibat gigitan tersebut, bapa kepada dua anak itu mengalami kecederaan parah lalu digegaskan ke hospital oleh penduduk dan kini dilaporkan stabil selepas menjalani pembedahan.

Penduduk kemudian membuat keputusan untuk ‘membalas dendam’ bagi pihaknya dan bertindak membunuh haiwan itu, lapor Harian Metro. Mereka kemudian menggoreng ular sawa itu dan makan beramai-ramai. Lain macam betul cara dorang balas dendam.

Lucy

“Menurut laporan yang diterima, ular itu sudah digoreng dan dimakan bersama-sama oleh penduduk,” kata Sutarja lagi. Dahsyat betul. Marah sangat sampai goreng dan makan! Semoga mangsa cepat sembuh.

Sumber: Kaki Follow

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.