Makanan Maut Kepada Si Comel!

Kucing sentiasa mempunyai perasaan ingin tahu, jika anda perhatikan kucing anda di rumah, mereka sering menghidu barang-barang di rumah tidak kira tempat dan masa. Hal ini adalah kerana kucing sentiasa mempunyai perasaan berjaga-jaga dengan persekitarannya. Oleh sebab itu, sifatnya yang sering berjaga jaga boleh membuatkan si manja dalam keadaan bahaya ketika berada di tempat selamat seperti rumah anda. Oleh itu, mari kita lihat beberapa barangan yang mudah dijumpai di rumah kita yang sebenarnya membahayakan haiwan peliharaan anda.

Barang pertama yang merbahaya kepada kucing ialah ubat-ubatan manusia.Selain panadol, paracetamol dan aspirin , manusia sering terlupa akan ubat-ubat biasa yang sering digunakan atau pun ubat–ubat penyakit serius kegunaan pemilik haiwan seperti ubat kanser,selesema, pil diet dan pil antidepress dan juga vitamin/suplemen. Barangkali anda mungkin pernah mendengar adanya ubat yang berhasil untuk manusia dan haiwan peliharaan anda namun jangan pernah cuba memberikan apa-apa jenis ubat kepada haiwan peliharaan and tanpa merujuk mana-mana veterina yang berkelayakan terlebih dahulu.

kucing

Anda mungkin juga pernah memberikan barangan makanan manusia kepada kucing anda bukan? Pasti anda berasa kasihan terhadap kucing anda apabila melihat wajahnya yang comel sambil meminta makanan. Tahukah anda sesetengah makanan manusia berupaya untuk meracuni tubuh kucing anda. Antaranya ialah alkohol kerana alkohol boleh merosak kan hati dan otak kucing.

Hal ini kerana , dua sudu wiski boleh menyebab kan kucing seberat 5 pound koma akibat kerosakan otak. Selain itu kaffein (kopi,soda,teh), coklat, juga boleh meracuni kucing anda. Untuk pengetahuan anda, kaffien yang meracuni tubuh kucing tidak mempunyai penawar. Antara simptom awal yang boleh dikesan ialah sesak nafas dan gegaran otot.

xylitol

Bawang putih dan bawang merah pula akan menyebabkan kerosakan sel darah merah dan membawa kepada penyakit anaemia. Selain itu, anggur dan kismis boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang. Antara simptom awal ialah muntah-muntah dan hyperaktif. Selain itu gula-gula getah dan Xylitol (sering dijumpai di dalam ubat gigi dan gula gula)juga sangat bahaya kepada kucing kerana ia mungkin menyebabkan kucing sesak nafas.

Pasti anda pernah memberikan salah satu dari makanan tersebut kepada kucing anda bukan? Walaubagaimanapun, ia bergantung kepada tahap keracunan haiwan tersebut serta jumlah yang diambil. Oleh itu, pastikan anda menyimpan barangan tersebut sebelum haiwan kesayangan anda termakan salah satu barangan yang disebutkan.

Sekiranya haiwan peliharaan anda mengalami keracunan, pastikan anda merujuk veterina yang berdekatan dan mengambil sampel muntah haiwan peliharaan anda supaya ahli klinik dapat mengenal pasti sumber keracunan tersebut. Selepas si manja beransur pulih, pastikan anda tidak leka dalam menyimpan barang barang ini di tempat yang selamat dari haiwan kesayangan anda.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.