Misteri Kucing Sebagai Haiwan Peliharaan Di Egypt

Tahukah anda bahawa manusia telah mula memelihara haiwan sebagai haiwan kesayangan sejak zaman purba dan kini, terdapat pelbagai kisah-kisah yang diceritakan sejak dari zaman dahulu lagi sehingga sekarang mengenai haiwan peliharaan yang secara tidak langsung menunjukkan nilai murni kasih sayang antara makhluk. Rata- rata haiwan peliharaan yang dipilih oleh masyarakat zaman dahulu dan sekarang tidak ada perbezaannya contohnya seperti anjing,kucing,kuda,haiwan reptilia dan ada juga yang memilih haiwan ganas. Oleh itu mari kita lihat mengapa masyarakat dahulu memilih untuk mempunyai haiwan peliharaan.

kucing

Masyarakat Egypt memilih pelbagai haiwan untuk dijadikan haiwan peliharaan bermula dari anjing, kucing, monyet, burung, singa dan juga badak. Ramai pengkaji sejarah tidak bersetuju dengan idea di mana masyarakat Egypt dikatakan menyembah haiwan haiwan tersebut dan menganggap mereka tuhan atau dewa dan sebulat suara bersetuju bahawa haiwan-haiwan ini dipilih disebabkan perasaan masyarakat egypt zaman purba kala terhadap haiwan-haiwan tersebut untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan.

Tahukah anda sebenarnya, masyarakat Egypt bertanggungjawab bagi nama kucing. Perkataan kucing di dalam bahasa inggeris iaitu “cats” di petik daripada perkataan afrika utara yang membawa maksud binatang iaitu Quattah dan oleh kerana kucing terlalu rapat dengan kehdupan masyarakat Egypt pada waktu itu dan memberi kesan yang mendalam terhadap Greece dan Rome, maka hampir semua negara Eropah menggunakan variasi perkataan kucing contohnya bagi Perancis ,chat; Sweeden, katt; German, katze; manakala Itali ialah gatto (Morris, 175).

kucing

Perkataan lain bagi kucing atau sebutan harian bagi kucing seperti – ‘puss’ or ‘pussy’ – juga dikenalpasti daripada perkataan Egypt iaitu Pasht, yang juga merupakan nama lain bagi dewi kucing iaitu Dewi Bastet. Kucing sangat sinonim dengan masyarakat Egypt dengan Dewi Bastet yang digambarkan seperti bersifat ganas seperti singa betina tapi dalam masa yang sama berhati lembut. Kucing sering dihadiahkan sebagai peneman serta berfungsi sebagai penjaga rumah dari segala bentuk ancaman dari tetamu yang tidak diundang seperti ular dan tikus.Kucing sangat penting kepada masyarakat Egypt sehinggakan mereka sanggup mengorban kan negara mereka demi kucing.

kucing

Pada tahun 525 Jeneral Parsi Cambyses II menyerang Egypt tetapi dihalang oleh tentera Egypt di bandar Pelusium. Ahli sejarah Polyaenus (abad ke-2 M) menyatakan bahawa, setelah Cambyses mengetahui bahawa orang Egypt mengadakan pemujaan untuk kucing, Cambyses telah mengarahkan supaya imej Bastet dicat pada perisai tentera mereka apabila mengetahui bahawa orang Egypt tidak akan memerangi binatang yang mereka kasihi serta meletakkan anjing , biri- biri dan haiwan lain di hadapan barisan tenteranya. Orang Egypt menyerah kalah dan negara nya jatuh ke tangan Parsi. Semasa kemenangan Cambyses II, dia dikatakan telah melemparkan kucing hidup di muka orang Egypt untuk mengejek mereka kerana menyerahkan negara mereka untuk haiwan.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.