Niat Meminum Arak Yang Direndam Ular Bertukar Menjadi Tragis

Kejadian pelik dan aneh seringkali kita terbaca yang melibatkan negara India. Negara ini tidak gentar akan ular cobra bahkan menjadi simbol dan mempunyai makna tertentu di sebalik nama ‘cobra’. Untuk pembaca haiwanku.com, baru-baru ini seorang lelaki yang bernama Arta Basha telah digigit ular sehingga meninggal dunia. Anehnya, ular tersebut sudah direndam di dalam sebuah botol yang berisi alkohol lebih dari satu bulan.

Kejadiannya bermula ketika ular tersebut ditangkap di kebun milik keluarganya. Panjang kobra tersebut lebih dari 60cm. Kemudian beliau memasukkan kesemua ular itu ke dalam botol yang tertutup berisi alkohol. Setelah sebulan, Arta membuka botol yang berisi ular tersebut dan tanpa diduga ular tersebut mematuk tangannya.

Lucy

Keluarga beliau segera membawanya ke hospital berdekatan namun setelah empat jam bertarung nyawa, Arta tidak dapat diselamatkan kerana racun ular tersebut sungguh berbisa dan tiada penawar untuk menyembuhnya. Desas-desus ada mengatakan, mungkin botol alkohol itu tidak ditutup rapat atau kemungkinan juga alkohol tersebut kurang tinggi sehingga ular tersebut masih boleh bertahan hidup di dalam sana.

Lucy

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.