Pemilik Terkejut, Anak Kucing Kesayangan Ditemui Mati Dikerat

Tindakan individu yang membunuh serta mengerat seekor anak kucing milik seorang penduduk di Parit 5, Sekinchan, di sini dianggap kejam dan tidak berperikemanusiaan. Demikian diluahkan Mohammad Rosmawar, 30 , apabila ditanya haiwan comel berusia dua minggu yang dipeliharanya itu ditemukan dalam bercerai badan dan kaki di hadapan rumahnya kira-kira pukul 8 pagi, Isnin lalu.

Lucy

Katanya, dia amat terkejut apabila mendapati bangkai anak kucingnya dalam keadaan sedemikian namun tidak tahu pihak mana yang melakukan perbuatan tersebut. Bagaimanapun, dia tidak menolak kemungkinan haiwan itu dibunuh di tempat lain sebelum diletakkan di atas alas kaki pintu hadapan rumahnya.

“Sayu hati saya melihat keadaan anak kucing diperlakukan sedemikian rupa. Kami sekeluarga amat sayangkan anak kucing itu yang mempunyai mata berwarna biru. Tambah Mohammad, dia yang menyewa di kawasan itu sejak setahun lalu memberitahu tidak pernah bermusuhan dengan sesiapa apatah lagi mencampuri urusan orang lain termasuklah jiran- jiran di kawasan sekitar.

Lucy

Katanya lagi, anak kucingnya pernah hilang dari sangkar dua hari sebelum kejadian itu tetapi berjaya ditemukan di atas sarang semut api yang terletak kawasan semak berhampiran rumahnya. “Masa itu, habis seluruh badan anak kucing saya dihurung dan digigit semut api sebelum saya buang dan bersihkan. Tak sangka kali ini anak kucing saya dikerat-kerat begini.”

“Saya harap pelaku yang membuat aniaya pada kucing saya itu sedar dan insaf bahawa tindakan mereka itu adalah kejam,” ujarnya yang telah menghantar tiga ekor lagi anak kucing ke rumah ibunya yang tinggal berhampiran.

Untuk pengetahuan pembaca-pembaca haiwanku.com, artikel ini dipetik dari Utusan Online keluaran 18 Oktober 2017

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.