Ritual Mengamalkan Minum Darah Dan Susu Lembu Untuk Menjadi Sihat

Kurus adalah kemahuan setiap orang tetapi tidak bagi suku Bodi yang tinggal di sudut terpencil di Lembah Sungai Omo, Ethiopia. Bagi mereka, ritual meminum darah dan susu lembu membuatkan badan mereka bertambah gemuk dan ianya membuktikan mereka mempunyai tubuh badan yang sihat. Bahkan, semakin berat badan semakin menarik pada pandangan lawan jantinanya.

Lucy

Ritual ini dinamakan sebagai Ka’el iaitu mereka memilih beberapa golongan lelaki yang belum berkahwin untuk meminum darah dan susu lembu supaya memiliki badan yang gemuk dan sihat sekaligus menjadi lelaki idaman bagi wanita di sana. Ritual ini berlangsung pada setiap pertengahan tahun. Ianya bukanlah ritual yang remeh kerana selama enam bulan peserta diberi tempat tinggal dan makanan yang hanya boleh dijamu adalah darah dan susu lembu sahaja.

Lucy

Kebiasaanya, pertandingan ritual ini diadakan pada awal bulan Jun dan awal tahun. Setiap keluarga hanya boleh menghantar seorang wakil saja untuk menyertai pertandingan tersebut. Syaratnya ialah lelaki itu belum bernikah dan masih teruna.

Golongan wanita pula, ditugaskan untuk menyediakan darah serta susu lembu untuk diminum oleh kaum lelaki yang menyertai pertandingan ini. Selalunya, dua liter darah dan susu lembu diminum ketika terbitnya matahari. Ketika upacara tersebut berlangsung, golongan peserta itu akan menutup bahagian badan mereka menggunakan abu dan tanah liat, sepanjang perjalanan mereka ke lokasi tersebut.

Lucy

Setelah pemenang dipilih, upacara tersebut diakhiri dengan penyembelihan seekor lembu menggunakan seketul batu dan bahagian perut serta darah lembu diperiksa untuk mengetahui samaada masa depan mereka baik atau sebaliknya. Namun, nasib tidak menyebelahi kaum mereka kerana suku bodi kini terancam selepas kerajaan menemukan kaum mereka dan memindahkan kira-kira 300,000 orang dari kawasan tersebut.

Lucy

Mempunyai badan gemuk adalah impian bagi lelaki kaum Bodi walaupun berat badannya akan kembali normal semula setelah beberapa minggu upacara tersebut berlangsung. Tetapi itu tidak mematahkan semangatnya kerana mereka digelar perwira seumur hidupnya.

Lucy

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.