Tahukah Anda, Kenapa Kucing Gemar Menggeselkan Badannya?

Sinonimnya, para pencinta haiwan akan memiliki binatang peliharaan untuk dijadikan teman berborak atau berkongsi segala gembira dan sedihnya. Yang pasti, rata-rata manusia amat menyukai kucing dan dijadikan binatang kesayangan. Sanggup habiskan ribuan duit tidak menjadi masalah kepada pencinta kucing ini. Tapi sudahkah anda benar-benar mengenali tabiat si comel anda? Apakah mesej yang cuba disampaikan oleh seekor kucing jika ia menggeselkan tubuhnya?

Lucy

Semua orang tahu bahawa si comel ini mempunyai tingkahlaku yang sangat tidak asing iaitu sering menggeselkan badannya atau juga dikenali dengan allorubbing iaitu suka menggeselkan kepalanya tidak mengira tempat asalkan dia selesa. Kebiasaanya, si comel anda berbuat begitu adalah kerana ingin baunya melekat dimana tempat dia bergesel dan menghantar ‘hint’ kepada kucing lain agar menjauhi kawasan yang telah ditandakan.

Lucy

Berbeza pula jika si comel ini menggeselkan kepala atau badan kepada tuannya, ia adalah untuk memberi tahu seolah dia telah dimiliki dan menggangap tuannya separuh dari dunianya. Ia juga rasa selamat apabila bersama pemiliknya, malah akan berasa sedih jika berjauhan atau diabai oleh anda.

Lucy

Setiap kucing ada keistimewaan dan keunikan bau yang tersendiri. Feromon dijadikan medium untuk berkomunikasi antara mereka melalui pelbagai perkara, antaranya pemilikan tempat dan juga kawasan. Kerana itu, kita sering melihat kucing menyembur air kencingnya di sesuatu tempat untuk menandakan itu adalah sempadan kawasannya dan tidak membenarkan kucing lain mendekati kawasan itu.

Lucy

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.