Teringin Bersalaman Dengan Singa

Tindakan berani seorang lelaki yang mabuk dipercayai mengundang maut apabila beliau terjun ke dalam parit yang dikelilingi kandang singa di sebuah zoo semata-mata kerana mahu bersalam dengan haiwan berikut.

New Delhi: Tindakan berani seorang lelaki yang mabuk dipercayai mengundang maut apabila beliau terjun ke dalam parit yang dikelilingi kandang singa di sebuah zoo semata-mata kerana mahu bersalam dengan haiwan berikut.

Lucy

Aksi lelaki yang bernama Mukesh Kumar, 35 itu menyebabkan ramai orang terkejut dan menjerit apabila melihatnya tengelamkan badan setinggi paras dada ke arah singa yang menunggunya di seberang itu.

Mangsa mengunjungi Taman Zoo Nehru di Hyderabad bersama temannya dan dilaporkan mabuk akibat minum arak sebelum tiba-tiba terjun setinggi empat meter ke dalam kandang tersebut.

Rakaman kamera litar tertutup mempamerkan aksi beliau dalam keadaan separuh sedar dan mengejutkan pengunjung lain yang menjerit mneyuruhnya tidak bergerak. Namun beliau tidak mengendahkan jeritan itu dan terus meredah air pergi ke arah singa yang dinamakn Krishna dan Radhika seolah singa tersebut amat mengalukan kedatangan beliau.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.