Wanita Kemurungan, Bunuh Diri Terjun Ke Dalam Kolam Buaya

Akibat mengalami tekanan dan kemurungan terlampau, seorang wanita bertindak membunuh diri dengan cara yang agak menggemparkan iaitu terjun ke dalam sebuah kolam yang penuh dengan buaya di sebuah taman haiwan di ibu kota Bangkok. Tindakkan tanpa diduga itu berlaku selepas saja pembukaan taman tersebut.

Lucy

Menurut polis, insiden yang menakutkan itu berlaku di Taman Haiwan Samut Prakan. Ianya sangat mengejutkan para pengunjung dan beliau melaporkan bahawa wanita berkenaan dikatakan terjun dari salah satu ruang rehat yang mempunyai laluan di bahagian tengah kolam terbabit yang dipenuhi ratusan ekor buaya dewasa, berikut tempat dimana wanita terbabit terjun.

Menurut laporan akhbar tempatan, tempatnya juga tidak terkawal rapi sebagaimana taman-taman yang lain. Taman tarikan pelancong ini kadangkala pagar pemisahnya hanya berketinggian beberapa kaki sahaja bagi membolehkan pengunjung mendekati dan memberi makanan kepada haiwan.

Lucy

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.